Tuesday, October 12, 2010

Grand Livina memang jimat minyak!

Waaah,

Memang betul kata para pemilik Grand Livina.... Jimat Minyak, belum cuba tak tau, tak beli sampai ke sudah takkan percaya!

Malam tadi pergi kerja (malam) naik kereta, kerja siang ajer naik motor, elak traffic jam.

Jarum minyak belum cecah "E" millage sudah 396.9km sejak dari isian minyak full tank yang pertama. Isipadu full tank adalah 52 litres.

Millage ini adalah penggunaan harian Mama menghantar anak2 ke sekolah, kiranya "Mitsubishi Lancer 1.5 Manual" (a.k.a Proton Wira!) lebih banyak menggunakan minyak dari Grand Livina 1.6 Auto (refer pada post yang lepas).

Itu adalah penggunaan dengan isian Shell Hijau RON 95.





Malam nih nak try guna Shell V-Power Merah RON 97 pulak, tengok camna penggunaan minyaknya.

Tapi sepanjang minggu nih turn Papa pulak belasah kereta Grand Livina nih bawak pergi kerja di malam hari.

Jauh jugak Papa kena travel nih- 45km one way tanpa tol dari Selayang ke Shah Alam via Sg Buloh. Kalau ikut jalan alternative 1 via NPE jarak 40km plus tol RM8.10 (kalau tak silap- 3 tol), atau jalan alternative 2 via NKVE-DUKE juga 40km plus RM5.00+ (lupa plak berapa tolnya tapi kurang sikit dari via NPE 1 tol).

Isipadu full tank 52litres - isian tadi 41.79litres = 10.21litres baki dalam tank, so ini kira cincai ada 10litres minyak reserve. Kiraan secara rambang 10 liters untuk setiap takok guage minyak untuk millage100km! bermakna boleh pergi lagi 100km dengan minyak reserve?

Siapa yang bawak Grand Livina? Boleh share penggunaan minyak anda!?

3 comments:

djone said...

salam... saya rasa lah... klu 10 liter dapat pergi 100km sahaja, kuat la mkn minyak tu... tp klu RM10 =+5liter mmg ianya menjimatkan.. samada puan tersalah taksir@salah tulis@biasa dengan kereta yg lebih parah petrolnye saya x pasti tp dari gambar yg sy tgk maknanya semasa minyak full tank hingga ke 'E' kete puan dapat pergi sejauh 396km. dan bila diisi penuh semula sejumlah +rm80... mmg tidak menjimatkan.... cubalah tanya fuel comsumption kereta lain pasti puan mengerti....

PapaBlogger said...

@djone

Kereta Wira dul Full Tank dpt pergi 400km.

Tp sekarang LIVINA ku full tank dah dapat pergi sehingga 500km!
Adakah semakin lama tank minyak nih membesar!!!!?

Anonymous said...

saya guna livina 1.6 m hampir 2 thun...2 hari lpas ada cuti kecemasan di kampung.alor setar kedah.baki minyak masih satu takuk jd saya isi rm 50.bertolak dari kuala lumpur sampai di kampung kilometer 433km.baki minyak kurang dari satu takat.isi rm 30 trus berjlan selama 3 hari hr isnin isi 60 blik ke kuala lumpur.sampai rumah meter kilometer 1071.baki tingai setakat seperti dari kuala lumpur ke alor setar.rsanya jimat tk rm 140 untuk 1071km